18 Februari 2017 – Aku dan adik aku pergi ke Bukit Broga, Semenyih. Tak ingat pukul berapa. Tiket parkir RM3. Masa kami naik tu, ramai juga yang turun (daki dari awal pagi sebab nak tengok matahari terbit kot).

Dulu pergi ada satu je jalan naik, sekarang ada jalan baharu yang terus ke puncak tinjau 2 (2nd viewing point). Jalan naik yang baharu ni aku rasa jauh sedikit tapi hujung-hujung menghampiri puncak tetap kena panjat macam jalan lama. Trek dia bertangga. Bahagian dekat puncak tak banyak pokok tinggi, tepi trek banyak rumput, trek dia tanah gitu je. Jadi disarankan pakai kasut yang cengkamannya agak kuat. Masa naik ni salah setting kamera, jadi tak banyak gambar semasa awal pendakian.

Ni gambar semasa naik ke puncak.

 

Ni gambar di puncak:

Ni gambar puncak-puncak lain:

Daripada puncak 3 (ada orang pangil puncak 4) boleh terus ke Gunung Tok Wan.

Ni gambar semasa turun:

Gambar di Hutan Rekreasi Sungai Tekala:

Perjalanan dari Bukit Broga ke Hutan Rekreasi Sg. Tekala ialah 25 minit dengan berkereta. Bayaran masuk ke Hutan Rekreasi Sg. Tekala ialah RM1. Parkir percuma. Pintu masuk di tepi jalan. Seberang jalan ada tempat parkir dan gerai. Ikut je jalan bersimen tu lepas tu pilihlah mana-mana port untuk mandi.

 

 

Advertisements