25 Februari 2017 – Aku menyertai kelas refleksologi di Kolej Komuniti Hulu Langat dengan bayaran RM100. Nak daftar kursus pendek di kolej komuniti, boleh layari online.jpkk.edu.my/epsh/Borang/default_xie.asp

Cikgu yang mengajar namanya Aznisyam, bekerja sebagai tukang urut di Hospital Putrajaya, pengalaman mengurut beliau bertahun-tahun jugalah.

Refleksologi biasa dikenali sebagai urutan tapak kaki tapi sebenarnya titik refleksologi bukan hanya berada di tapak kaki, ia meliputi tapak kaki, atas tapak (instep?) dan tumit. Yang saya belajar hari ni sampai ke hujung peha. Refleksologi mementingkan tekanan pada titik-titik tertentu, bukan sekadar urutan biasa.

Terdapat 2 teknik tekanan dalam refleksologi; pertama ING HEM, kedua RWO SHUR. Teknik kedua lebih banyak dipraktikkan kerana teknik kedua menggunakan siku jari/knuckle bagi menghasilkan tekanan yang mencukupi, bagi yang mempunyai jari yang lemah, bolehlah menggunakan wooden stick/tanduk. Teknik ING HEM pula lebih kepada memberi kelegaan/relaxation.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan garis panduan amalan baik bagi refleksologi, boleh muat turun di sini. Tujuan atau indikasi bagi refleksologi ialah melancarkan darah, melegakan otot dan meredakan kesakitan. Refleksologi tidak boleh dilakukan kepada wanita mengandung (kerana terdapat titik yang menggalakkan bersalin [induce labour]), demam berpanjangan, kanser (dikhuatiri sel kanser mendapat zat yang cukup akibat pelancaran darah dan juga memudahkan sel kanser berpindah), varicose vein, gout, artritis dan lain-lain boleh rujuk guideline.

Mulakan mengurut di kaki kiri kerana terdapat titik yang berkaitan dengan jantung pada kaki kiri dan juga berkaitan dengan yin dan yang mengikut kepercayaan cina. Warm-up kaki pelanggan terlebih dahulu; sapukan minyak atau krim, kemudian longgarkan otot-otot kaki pelanggan, kaedahnya terpulang.

Titik pertama refleksologi ialah diafragma, diikuti oleh solar plexus, kelenjar pituitari, brainstem, kelenjar tiroid, kelenjar paratiroid, kelenjar adrenal, pancreas, ginjal, pundi kencing, dan lain-lain. Titik-titik bagi organ yang disebutkan sukar diterangkan melalui tulisan jadi sampai di sini sahajalah cerita saya. Kalau nak tengok nota bolehlah tengok gambar.

This slideshow requires JavaScript.

 

Advertisements