5 Mac 2017 – Aku pergi ke Hutan Simpan Bukit Nanas/Bukit Nanas Forest Reserve atau nama barunya Taman Eko Rimba KL/KL Forest Eco Park. Aku masuk daripada pintu masuk yang menghadap Jalan Raja Chulan. Ada lagi satu pintu masuk daripada Menara KL. Masuk percuma. Ada satu galeri tapi sedang dinaik taraf.

img_20170305_114020

Ada tempat parkir di sebelah kanan gambar tapi kami naik LRT, turun di Masjid jamek kemudian berjalan kaki 11 minit ke sini melalui muzium Telekom.

Tarikan utama di sini ialah Canopy Walk.

Boleh juga nak trekking di sini ada banyak denai yang pendek untuk dilalui; Denai Penarahan, Denai Subuh, Bamboo Walk (tapi buluh tak banyak pun) etc. Trekking paling senang aku rasa setakat ni. Puncak bukit ni menara KL tulah. Monyet dia tak kacau orang.

Ada juga taman paku pakis, taman herba, Asean Garden, Tea House, Surau, Tandas dan kawasan perkhemahan.

Advertisements