11 Mac 2017 – Bukit Wawasan terletak di kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong, Selangor. Kawasan parkir agak terhad kerana berkongsi dengan parkir kedai, tiada parkir khusus untuk pengunjung trek Bukit Wawasan. Pengunjung biasanya meletakkan kereta di bahu jalan sahaja.IMG_20170311_094130

Terdapat penjaja menjual makanan dan minuman di hadapan laluan masuk utama. Terdapat juga laluan masuk alternatif.IMG_20170311_082255

Peta denai bukit wawasan. Kami masuk melalui pintu masuk utama. Setelah berjalan lebih kurang 10 minit, kami sampai di cabang; sebelah kanannya bertanda A manakala sebelah kirinya tiada tanda. Kami mengambil laluan A. Laluan tidak bertanda akan membawa anda ke laluan B dan Laluan masuk/keluar alternatif.

Ayer Hitam

Pendakian melalui Laluan A mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke puncak.

Gambar di puncak (tak ada view saujana mata memandang pun) tapi ada tempat duduk.

Kawasan ni sebenarnya merupakan hak milik UPM sebab tu ada beberapa jalan ditutup kepada orang awam. Di hutan ini jugalah terletaknya Air Terjun Puteri yang digelar air terjun tersorok di Lembah Kelang, namun laluan ke sana juga ditutup dengan pita (tape).

FHD0042

Kami balik melalui Laluan B dan keluar melalui laluan alternatif. Perjalanan turun melalui Denai B mengambil masa yang lebih lama sekitar 50 minit.

 

Advertisements