15 Mac 2017 – Aku bertolak ke Johor Bahru menaiki kereta api. Pada pukul 12.30 tengah hari aku menaiki ETS dari Kajang menghala ke Gemas. Dari Gemas ke JB, kena naik kereta api biasa pula. Maklumlah ETS tak masuk Johor. Tiket Kajang-Gemas berharga RM28 manakala Gemas-JB RM21. Jadi Kajang-JB berharga RM49.

Dalam ETS ni ada tandas pada setiap koc, surau dan kafe ada di koc C. Terdapat 6 koc kesemuanya. Surau di dalam ETS hanya mampu memuatkan 2 orang pada satu-satu masa. Aku membeli set nasi tomato yang berharga RM 9 sebagai makanan tengah hariku.

IMG_20170315_135042

Perjalanan ke Gemas mengambil masa selama 45 minit manakala perjalanan ke JB mengambil masa 4 jam. Pukul tujuh baru sampai JB Sentral. Daripada JB Sentral aku ke JBCC lalu menuju ke Masjid al-Attas untuk solat maghrib. Usai solat, aku mengambil teksi untuk ke hotel bajet. Aku pun tak tahu pasal hotel bajet di JB, jadi aku serahkan kepada pemandu teksi tu je.

Hotel pertama yang dibawa ialah Hotel Zen Zeng, kadar harga bagi bilik single ialah RM90 semalam. Hotel kedua aku tak ingat namanya ada Golden something tapi satu jalan dengan hotel Zen Zeng tadi, harganya atas RM 100 kalau tak silap. Hotel ketiga ialah Memory Guesthouse tapi kawasan dia nampak lengang je tak nampak pun restoran ke apa. Kalau tengok harga di google maps, dalam RM50 semalam. Pemilik dia non-muslim takut kalau ada breakfast pun, aku yang tak lalu makan sebab was-was. Hotel keempat ialah Hotel KPMC kawasan dia memang meriah, di rumah kedai, banyak restoran tapi bilik single yang berharga RM88/malam telah habis jadi hanya tinggal bilik deluxe yang berharga RM120/malam. Hotel seterusnya ialah Hotel Indah tapi hotel ni tak ada bilik single, yang ada cuma bilik dengan katil deluxe yang berharga RM70/malam. Jadi, aku pilih rumah tumpangan ni jelah. Sedar tak sedar, bil teksi RM20 tapi pemandu tu bagi bayar RM17.

Hotel Indah ni kira ok la, pendingin hawa ada, pemanas air ada, cerek elektrik ada, tv ada, tuala dan sabun pun dia sediakan. Depan hotel ada surau kecil, tepi dia ada restoran, Restoran Yasin namanya, tak jauh dari situ ada KFC. Malam tu aku makan di restoran Yasin je. Lepas tu aku jalan-jalan di Dataran JB.

Jadi perbelanjaan hari ni RM49 + 17 + 70 = RM136. Makan aku excludekan yelah, lain orang lain perbelanjaan makan.

Esoknya aku sarapan di restoran Yasin juga sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Art Gallery tapi tutup. katanya sedang baik pulih. Dia punya mini gallery pun aku tak pergi. IMG_20170316_080303Destinasi seterusnya ialah Makam diraja jalan Mahmoodiah.

Melalui Hospital Sultanah Aminah, aku berjalan ke Masjid Sultan Abu Bakar tapi tutup juga bagi kerja-kerja menaik taraf masjid.

Daripada masjid, aku ke Zoo Johor. Bayaran masuk RM2. Perarakan gajah masuk kandang pukul 10 pagi. Masuk-masuk je zoo, ada dua orang jejaka minta ambil gambar aku katanya dah balik nanti boleh tengok gambar. Jadi, aku pun berdirilah bergambar di hadapan backdrop hijau. Macam biasalah zoo, banyak juga haiwan di sini, harimau, singa, gajah, burung, seladang, rusa, badak, buaya, ular, binturong, kucing hutan, monyet, ayam dll. Balik tu aku usyalah gambar yang diambil tadi, pergh background hijau jadi macam-macam binatang. Hahahaha RM15lah tapi. 2 keping RM30 lah. Aku belilah sekeping tapi taknak tunjuk sini.

This slideshow requires JavaScript.

Lepas tu aku pergilah jalan-jalan tepi laut, ingatkan bolehlah singgah istana lama tapi pagar berkunci pula. kecewa jugalah sebab dah 3 tempat tutup jadi aku teruskan perjalanan sampai ke bangunan MBJB.

Then, sampai Jalan Wong Ah Fook, di sini ada muzium cina. Bayaran masuk RM6, ada 4 tingkat muzium ni. Ground floor kaunter tiket, tingkat 1 cerita pasal sejarah kedatangan orang cina ke johor, apa yang mereka buat di johor, tokoh-tokoh yang memajukan masyarakat cina, tingkat 2 cerita sumbangan orang cina, hubungan dengan orang melayu, budaya masyarakat cina dan sejarah masyarakat cina di semasa pendudukan jepun dan di ambang kemerdekaan. Tingkat paling atas cerita pasal gambir dan lada hitam. Tapi dalam muzium dia tak bagi ambil gambar, so ada gambar tulisan Johor Bahru Chinese Heritage Museum di Ground Floor dan pintu gerbang yang berada di Jalan Wong Ah Fook. Wong Ah Fook ni nama tokoh yang bertanggungjawab membawa masuk orang cina ke Johor. Orang cina dibawa masuk untuk meneroka sungai-sungai di Johor pada mulanya.

Disebabkan hotel tu check out pukul 12, maka aku terpaksalah balik ke hotel untuk berkemas. Dalam perjalanan ke hotel, aku lalu menara ansar, Persada Johor, Penjara lama dan makam diraja tadi.

Lepas checkout aku gi rumah member, so yang tu aku skip sampailah aku di Stesen Bas Larkin. Bas dari Larkin ke Seremban bernilai RM28, perjalanan memakan masa 4 jam, drebar bas pandu santai je, stop kejap di RnR Tangkak. Daripada Terminal One aku ambil teksi ke Stesen KTM Seremban, kena RM7. Aku tak tahu ada terowong yang menghubungkan Terminal One dengan Stesen KTM Seremban, kalau tak dah jimat RM7. Seremban ke stesen UKM sejam jugalah, RM5.

So total perbelanjaan tolak makan: RM136 + 2 + 15 + 6 + 28 + 7 + 5 = RM199.

Sebenarnya di JB Sentral tu aku ada ambil brochure pasal jalan-jalan di JB, dia yang suggest Memory Guesthouse tu. Dia suggest naik basikal pusing-pusing JB, ada dua syor dia, satu jalan-jalan kawasan kampung, satu lagi jalan-jalan kawasan bersejarah. Aku shortlistkan senarai tempat dalam tu tengok mana yang dekat sebab malas nak naik basikal sebab tak tahu jalan leceh nak pegang henset tengok map sambil ride.

Kesimpulannya, nak murah naik bas + KTM bukan intercity. Nak hotel murah, carilah guna agoda ke trivago ke hotelscombined ke.

 

 

Advertisements