Tarikh: 28 Mac 2017/1 Rejab 1438

Lokasi: SAK, S4, BBB, SDE

Penceramah: Ust Mahadir Md Nor

Intro

Tiada hadis sahih berkenaan amalan khusus yang disandarkan kepada bulan Rejab.

Sinopsis Pengajian Bulan Lepas

Fitnah terbesar akhir zaman ialah Dajjal. Nak selamat daripada fitnah tersebut iman kena kuat. Fitnah di sini maksudnya ujian bukan macam yang orang melayu punya terjemahan iaitu kata perkara yang tidak benar tentang seseorang. Fitnah juga boleh bawa maksud syirik seperti dalam ayat 191 surah albaqarah yang menceritakan tentang fitnah lebih teruk daripada membunuh di mana konteks ayat tersebut tentang pembunuhan di Tanah Haram tapi terdapat satu dosa yang lebih teruk iaitu fitnah/syirik.

Siapa yang ikut Dajjal akan dapat hidup senang, siapa yang tak ikut akan hidup sengsara. Ada orang mungkin sanggup hidup sengsara sementara tapi tak sanggup kalau anak-anak sengsara. Fitnah Dajjal ni 40 hari je cuma ada sehari bersamaan setahun. Para sahabat bertanya, bagaimana waktu solat pada masa itu? Adakah 5 waktu juga pada setahun itu? Nabi jawab: ikut jarak masa solat pada hari biasa. Macam maghrib kan 1 setengah jam lepas tu masuk isyak, so solat ikut jam pada masa tu. Ada Ulama kata sehari tu jadi sehari sebab Bumi dah tak betul/something wrong (hipotesis aku Bumi tengah slow down peredaran dengan putaran dia dan berhenti lepas tu reverse).

Orang yang tak ada penyakit wahn boleh survive. Macam mana nak diagnos penyakit wahn? Kalau sanggup buat dosa semata-mata untuk habuan dunia, ada wahnlah tu. Kalau sanggup tolak habuan dunia daripada buat dosa, tak ada wahnlah tu.

Pengajian Hari Ini

Nabi Isa akan diturunkan dan akan membunuh Dajjal. Jadi di sini bermaksud dajjal ni makhluk (being, benda hidup) yang boleh dibunuh bukannya sistem seperti takrifan sesetengah orang. Setelah membunuh Dajjal, Nabi Isa bercerita tentang nikmat syurga kepada orang beriman. Kemudian Nabi Isa diperintahkan untuk membawa orang beriman ke bukit Tursina kerana Allah akan mengeluarkan makhluk yang tak mampu dilawan oleh manusia iaitu Yakjuj dan Makjuj.

Next, Yakjuj Makjuj

Soalan Jemaah

Di mana Imam Mahdi dalam cerita ini?

Kebanyakan hadis tentang Imam Mahdi ialah dhaif sebab tu ada ulama berpendapat Nabi Isa tu sendiri adalah al-Mahdi sebab terjemahan al-Mahdi ialah penyelamat. So, instead of tunggu al-Mahdi, why not become one dengan menyelamatkan iman manusia?

 

Advertisements