30/3/2017

6.00pagi – Usai solat subuh di stesen KTM UKM, aku menunggu komuter ke KL Sentral.

6.18pagi – Komuter tiba di Stesen UKM.

6.58pagi – Aku tiba di KL Sentral. Melakukan pertukaran ke ETS.

7.05pagi – Bertolak ke utara.

12.35tengah hari – Tiba di Padang Besar.

IMG_20170330_082637.jpg
Sarapan pagiku di dalam ETS; Nasi Lemak + Nescafe 3 in 1. RM9.

Keluar daripada bangunan KTM (dia ada dua jalan keluar, kalau nak ke pekan, kena lalu jejantas seberang landasan, aku pergi pekan), adalah beberapa orang brader tunggu di kaki tangga jejantas cakap siam. Dia ingat aku siam ke apa? Haha tapi lepas aku buat muka tak faham, dia cakap melayu: “Adik nak pergi Hatyai ke duduk Padang Besar je?” Aku katalah nak jalan-jalan Padang Besar je.

IMG_20170330_150845.jpg
Padang Besar; tulisan ni ada berhampiran Arked niaga Padang Besar.

Lepas tu dia ajak naik kereta. Aku kata aku nak pergi hotel bajet. Dia kata sini tak ada hotel, ada homestay je. So, dia bawa aku ke Wafa Homestay. Dekat je sebenarnya patut tak sampai RM10 pun. Aku tanya dia, teksi Perlis memang macam ni ke (rupa tak macam teksi, kereta biasa je). Dia kata dia ni macam Grab lah. Hmm rasa macam kereta sapu je.

Dalam homestay ni ada 2 bilik; satu bilik katil deluxe/queen sebuah, satu lagi katil single dua buah. Aku pilih yang sebuah katil deluxe. Ada pendingin hawa di dalam bilik, tuala dan sabun disediakan, ada TV di ruang tamu, mesin basuh dan cerek elektrik di dapur, tandasnya ada pemanas air. Tauke homestay kata kalau ada laki yang datang cari bilik, dia bagilah yang bilik lagi satu tu tapi sampai aku checkout, tak ada pun yang masuk bilik sebelah tu.

IMG_20170330_155156.jpg
Masjid Ahmad Padang Besar; betul-betul di hadapan homestay. See the kontena? That’s is gerabak kontena dia atas landasan kereta api.

Sebelah homestay ni ada kedai makan, jadi aku makan situ jelah untuk lunch. Di lorong masuk ke homestay ada KFC. So KFC ni kira gerbang lorong ke homestay tulah.

Arked Niaga Padang Besar

Habis makan aku berjalan ke Arked Niaga Padang Besar. Tak jauh pun tak sampai 10 minit jalan kaki jalan. Daripada tepi Balai Polis Padang Besar, terus ke atas bukit sampai ke arked.

FHD0001
Naik lagi sikit sampailah arked tu.
FHD0003
Arked ni ada 2 tingkat. Di luar arked pun ada kedai juga.

Macam-macam dia jual, ada baju, mainan, kerongsang, aksesori wanita, beg, pedang, drone, makanan, jersi dan lain-lain. Kalau baca blog-blog lama orang yang shopping di padang besar ni dulu boleh dapat 3 helai baju-T RM10, yang aku pergi ni sehelai RM10-20. Lebih kurang macam Plaza GM ngan pasar Jalan TAR je. Mungkin sebab jurang Baht dengan Ringgit yang makin besar? Ke aku tak jumpa yang murah? Entahlah, aku tak berapa minat shopping so lalu-lalu gitu je.

FHD0004
View Arked Niaga dan Gapura Square.

 

 

Padang Besar
Peta sebahagian Padang Besar

Malam tu aku tak gi memana, malas pula rasa, layan Astro je.

 

Pagi tu aku checkout awal (tuan homestay tak ada so dia suruh tinggal je kunci atas meja kalau nak checkout) dalam pukul 7.15pagi aku keluar pergi tunggu bas di seberang jalan.

IMG_20170331_074435.jpg
Pemandangan dari tempat aku tunggu bas. Itulah KFC yang dimaksudkan. Homestay tu belakang rumah kedai tulah. Jalan ke kanan tu nak pergi KTM dengan jalan ke Thailand.

Jadual dalam laman web mybas maraliner Perlis kata bas ke kaki bukit bertolak pada pukul 7.30pagi, so aku ada di tempat tunggu bas tu dari pukul 7.20pagi tapi aku tanya makcik jual sarapan tu bila bas mai? Dia kata pukul 8 biasanya so aku sarapanlah dulu. Habis sarapan aku tunggu balik. Tunggu punya tunggu, sampai 9.05pagi, tak ada juga bas. Terpaksa aku cari teksi ke Gua Kelam.

Gua Kelam

Dalam perjalanan ke Gua Kelam akan lalu satu pos pengawal sempadan atau orang sana panggil AKSEN (kot? dah lupalah). Disebabkan kawasan tu macam lengang je so aku suruh teksi tu tunggu aku.

FHD0005.JPG
Inilah pintu masuk Gua Kelam

Gua ni macam terowonglah kalau tak silap aku dalam 300m je. Zaman British dulu, gua ni laluan ke lombong bijih timah sebab tu mereka bina jambatan gantung atas sungai dalam gua ni. Zaman sekarang ni tak ada dah lombong, jadi mereka buat taman tapi taman pun nampak tak diselenggara dan diurus dengan baik. Dalam gua ni ada lampu. Tak nampaklah pula binatang macam kelawar dalam gua ni.

Keluar gua ni nampaklah taman yang poorly maintained, kalau ikut peta, ada ladang rusa tapi aku tengok tak ada pun rusa, kata orang jaga tiket rusa lari lepas pagar pecah dihempap pokok, menara tinjau pun ada tapi berpagar.

IMG_20170331_095901.jpg
Ni pula pintu belakang Gua Kelam
FHD0034.JPG
Ni pula denai trekking. Katanya 20-30 minit ke puncak.

Daripada Gua Kelam aku terus ke Kangar (aku lupa sepatutnya aku terus ke Arau, terlupa sebab kalau bas T11 tu memang turun Kangar). Apabila dah sampai Stesen Bas Bukit Lagi, Kangar baru aku teringat. So, dari Kangar aku naik bas T10 ke Arau.

IMG_20170331_111709.jpg
Ni jadual myBas yang baharu yang aku usya di Stesen Bas Bukit Lagi, Kangar.

Arau

 

IMG_20170331_153724.jpg
Arau, Bandar Diraja

 

Aku turun di hadapan Masjid Negeri. Lorong di sebelah masjid merupakan jalan ke KTM arau. Di lorong tu ada motel, ha situlah tempat aku menginap di Arau. Namanya Ummul Motel. Katil Deluxe, Aircond, TV (tak ada Astro), ada water heater, sabun dan tuala disediakan.

IMG_20170331_123151.jpg
Semalam cadar hijau, hari ni cadar pink.
IMG_20170331_150404.jpg
Masjid Negeri, Arau, Perlis

Arau ni tak ada tempat menarik sangat, lepas solat jumaat aku pergi ke KTM arau dulu untuk beli tiket pulang esok, sekali dah habis. Hahahah pergilah aku bawa diri ke Pasaraya Cmart Arau. Pun tak tahu beli apa. Habis ronda Cmart, pergi ronda makam diraja, istana perlis dan galeri diraja tapi semua tempat ni tak open to public pada masa sekaranglah mungkin masa pertabalan ke dia bukalah. Aku round pagar istana tu sampai belakang, ha pintu belakang dia buka cuma aku tak berani masuk ada jaga situ.

IMG_20170331_152530.jpg
Pasaraya Cmart

 

Arau
Peta sebahagian Arau

 

Malam tu aku pergi mendobi di dobi layan diri dekat-dekat Cmart.

Pagi tu pukul 8 aku checkout (pejabat belum buka so tinggal kunci lagi). Sarapan di warung sebelah motel, then tunggu bas F103 untuk ke Felda Chuping dengan harapan nak tengok ladang tebu. Kah3. Laman web tourism Malaysia punya brochure la ni tak update. Bas tu bertolak dari Beseri pukul 8, so dalam 8.30 gitulah dia sampai Arau.

Felda Chuping

Sampai di perhentian terakhir, Masjid Nurul Huda, Chuping, pakcik bas tanya: duduk sini ke dik? Aku kata aku nak tengok ladang tebu. Di buat muka pelik. Sini tak ada ladang tebu dik. Dah 10 tahun tak ada, diorang tanam getah je sekarang. Takpe, adik turun sini dulu, nanti 9.30 pakcik ambil balik. Turunlah aku di situ. Pekena teh tarik di warung sebelum ke masjid untuk solat dhuha.

IMG_20170401_090209.jpg
Masjid Nurul Huda, Chuping

Masa aku keluar masjid tu ada pakcik tanya benda sama. Dia pun buka cerita: Tanaman tebu ni tak berbaloi, dalam 50 tan tebu, 1 tan je gula kita dapat, hampas buang gitu je, dulu hampas ada lah guna untuk (aku lupa kalau tak silap untuk bakar something tapi sekarang tak guna dah hampas tebu). Dulu cuaca panas Perlis ni, sekarang dah banyak hujan, tanah makin berasid, gula dalam tebu makin kurang. Tu yang kita tak tanam tebu dah. Dah 6-7 tahun jugalah kita tak ada ladang tebu. Ladang tebu terakhir pun di sinilah. Gula yang ada kita import daripada Australia (dan negara lain) dan kita cuma proses je. Memanglah kalau dapat tanam sendiri boleh support industri tempatan tapi lagi banyak rugi kalau tanam tebu sendiri. Abang kerja kat kilang gula sana, tak jauh sangatlah dari sini, keluar kampung ni ada bulatan kan? Ambil kanan nanti jumpalah kilang gula tapi kami pun proses gula mentah je. Dah tak proses gula daripada tebu dah.

9.30pagi, bas sampai, aku kembali ke Arau. Dari Arau, aku naik bas T14 ke Kangar.

Disebabkan jam baru pukul 10 lebih, nak tunggu waktu check in pun lambat lagi, aku ambil teksi pergi ke Taman Ular. Seperti di Gua Kelam, aku minta pemandu teksi tunggu.

Taman Ular

Ramai jugalah pengunjung budak sekolah pun ada mungkin sebab hujung minggu jadi ramailah orang cuma tak ada teksi yang menunggu.

IMG_20170401_114709.jpg
Katanya masuk Book of Records tapi aku tak tahu rekod apa yang dipegang.

Permulaan pameran tu dia bagi info pasal ular, bentuk kepala ular, taring ular, ular yang diawet. Taring yang panjang di depan maksudnya ular berbisa, tiada taring tiada bisa, taring panjang di belakang ada bias tapi tak kuat. Selain ular (ular kapak, ular sawa, ular tedung) ada juga binatang lain macam burung, ayam, kucing, biawak, buaya, kura-kura, rusa, burung unta, landak, ayam, itik dan tikus. Kawasan pameran yang menempatkan ular selain ular sawa ni agak berbau, bau tikus (ular dalam bekas kaca ni mereka bagi makan tikus). Ular sawa pula dipamerkan di luar bangunan dan diberi makan ayam. Hidup dalam ketakutan rasanya ayam yang hidup dalam sangkar ular tu. Nak bergambar dengan ular kena bayar RM1. Macam biasalah kalau ular yang bergambar sekali ni ular sawa kuning putih tu.

Kangar

Kembali ke Kangar, aku cari hotel. Teksi tu turunkan aku di Kangar Hotel. Kangar Hotel betul-betul di atas KFC Kangar. Malangnya dah penuh. So aku jalan sikit sampai Hotel Federal, belakang restoran mamak (aku lupa nama restoran tu).

IMG_20170402_100756
Hotel ni cadar perang. Katil Deluxe juga.
IMG_20170401_121142.jpg
Masjid Alwi, Kangar tak jauh dari Hotel Federal.

Lepas zohor, aku pergi ke kenduri kawan di Dewan Mess Pegawai Polis PDRM, Kangar. Tambang teksi RM8. Balik tu aku tumpang kawan. Dia bawa aku ke Kuala Perlis.

Muzium Kota Kayang

On the way ke Kuala Perlis tu lalu Muzium Kota Kayang, so singgahlah kejap. Masuk percuma.

IMG_20170401_153516
Pintu masuk muzium Kota Kayang.

Muzium ni asalnya istana Tok Kayang (aku tak ingat nama penuh dia) dia pilih kawasan ni sebab keliling dia ada bukit batu kapur yang melindungi daripada serangan/pencerobohan. Dia just buat pagar di hadapan. Belakang istana ada taman dengan telaga diraja tapi sekarang jadi taman dengan kolam.

Dalam muzium ni ada cerita mengenai sejarah Perlis, galeri arkeologi, galeri senjata, sejarah Kangar, mengenai perjalanan pokok emas (ufti kerajaan Kedah) dari Istana Arau ke Istana Bangkok. Perlis pada asalnya merupakan kawasan pemerintahan Kedah, gabenor perlis masa tu buat Kota Kayangan ni sebagai pusat pemerintahan baharu cuma tak faham bagaimana Kedah lepaskan gabenor tok kayang buat negeri sendiri ni. Mungkin nama kayangan nilah Perlis dapat nama Indera Kayangan. Kangar pula ada yang kata daripada Helang Kangor, ada yang kata Pokok Kangar yang ada di pelabuhan. Di tepi muzium ni ada makam Tok Kayang dan menantu dia, gua pun ada. Monyet banyak sini. Malas nak masuk gua.

Habis Muzium Kayang, kami ke Kuala Perlis. Sebenarnya aku plan nak ke Muzium Kota Kayang ni naik teksi dan Kuala Perlis naik bas T12 tapi dah ada orang nak bawa, Alhamdulillah.

Kuala Perlis

Datang sini sightseeing je. Lepas Asar hujan turun so tak sempat nak ambil gambar banyak, ronda dalam kereta je.

Dipendekkan cerita esoknya aku balik naik bas Sri Maju terus ke Hentian Kajang. Jem teruk pula, dengar cerita treler terbalik tu yang 13 jam duduk dalam bas tu selain bas ni berhenti banyak tempat (turunkan orang ambil orang pergi tandas berhenti solat) bertolak pukul 1.05 petang sampai 2 pagi.

Pagi sebelum balik tu aku jalan-jalan di bandar Kangar tu.

Perbelanjaan

KTM Komuter: UKM-KL Sentral: RM4.80
KTM ETS: KL Sentral-Padang Besar: RM76
Tambang kereta Stesen Padang Besar-Wafa Homestay: RM15
Wafa Homestay: RM60
Teksi Padang Besar-Gua Kelam-Kangar: RM53 (RM7 ada mamat tumpang pergi Kangar bayar)
Tiket Gua Kelam: RM1
Bas Kangar-Arau: RM2
Motel Ummul: RM70
Dobi Basuh + Kering: RM10 (RM6+RM4)
Bas Arau-Felda Chuping-Arau: RM4.40
Teksi Kangar-Taman Ular-Kangar: RM30
Tiket Taman Ular: RM6
Hotel Federal: RM70 (RM120 kalau termasuk deposit RM50)
Bas Kangar-Kajang RM47

Jumlah: RM449.20 (Tak termasuk makan minum)

Banyak habis kat teksi dia je. hmm kalau grab/uber masuk perlis ni mungkin boleh kurangkan sedikit perbelanjaan. Hahahah.

Keagamaan

Masjid di Padang Besar tu macam masjid di Selangor means subuh ada qunut, wirid kuat tak ada azan pukul 5.30pagi tapi di Masjid Negeri dan Masjid Alwi berlainan, subuh tak ada qunut, habis solat imam terus senyap, pukul 5.30pagi ada azan. Orang kata satu Perlis sepatutnya begitu kerana ia merupakan arahan MAIP. Azan solat Jumaat dia sekali sahaja.

Kuliah maghrib di Masjid Alwi menggunakan buku tauhid ulama salaf, so bila sampai ayat mengenai Allah mempunyai wajah, tangan, hadis Allah mempunyai kaki, Allah turun ke langit dunia, ustaz tu mengambil pendapat tidak mentakwilkan perkataan ‘wajah’, ‘tangan’, ‘kaki’ dan ‘turun’ dengan makna lain seperti kekuasaan Allah dsb. Cumanya wajah, tangan, kaki Allah dan cara Allah turun tak sama dengan makhluk. Sifat mungkin serupa tapi hakikat zat dan sifat tu berbeza dengan hakikat makhluk. Pendapat ni tak terkeluar daripada ahlussunnah wal jamaah pun.

P/S: Perlis ni memang ada satu majlis perbandaran eh? Dari Padang Besar ke Kuala Perlis, aku nampak Majlis Perbandaran Kangar je.

 

Advertisements