6 April 2017 – Bukit Melati terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Pintu masuk ke denai terletak di tepi belakang tokong.

IMG_20170406_090005
Na Du Gong tu kot nama tokong ni.

Kalau masuk ikut belakang tokong ni, namanya denai Centipede Hill. Selepas sampai puncak Centipede Hill, barulah mula Monkey hill trail. Daripada Monkey Hill Trail ada cabang ke Rope Hill. Tapi kami teruskan ke puncak Monkey Hill kemudian ke Cobra Hill. Daripada cobra Hill ni boleh juga ke Rope Hill. Dia macam satu pusinganlah.

Special di Rope Hill ni dia banyak tali, so naik turun paut pada tali. Cuma Rope hill ni tiada puncak. Lupa pula nak ambil gambar laluan bertali ni. Lepas turun ke tokong semula baru perasan ada Mosquito Hill. So, total ada 5 trail; Centipede Hill, Monkey Hill, Cobra Hill, Rope Hill dan Mosquito Hill.

Pusing-pusing bukit ni ambil masa sejam 10 minit lebi kurang. Gambar-gambar lain ada dibawah.

Kalau search google maps dengan nama bukit melati, tak jumpa trail, kena taip Melati Hill Trail.

Yellow.PNG
Peta kawasan. Peta trail tak adalah pula
Advertisements