Bukit Jugra terletak di Banting, Selangor. Daripada Kolej Matrikulasi Selangor tu terus je lepas tu belok kiri di T-junction sampai tempat parker, letak kereta di situ.Nak bawa kereta naik terus ke Rumah Api Bukit Jugra pun boleh tapi tak bersenamlah nanti.

Pendakian Bukit Jugra ni senang je sebab lalu jalan tar, tak lalu denai pun. On the way up, akan jumpa jirat cina, monyet berkeliaran, jalan pun kena tengok juga sebab kadang-kadang ada basikal turun bukit dengan laju, kereta pun lalu jalan tu.

15 minit je panjat sampailah puncak. Tak lama pun. Di puncak ni ada Rumah Api Bukit Jugra dan Balai Cerap Bukit Jugra. Aktiviti luncur layar pun ada buat di situ cuma waktu kami naik, tak ada luncur layar (paragliding).

Rumah Api Bukit Jugra dibina pada tahun 1976. Balai Cerap tu pula asalnya milik JKR, pastu dia serah kepada Jabatan Mufti Negeri Selangor pada tahun 2003 buat tengok anak bulan.

Sebenarnya jalan tar tersebut tak berhenti di situ. Ada laluan ke sebuah bangunan yang aku tak tahu bangunan apa. Hutan Bukit Jugra merupakan hutan simpan dara.

Balik dari Bukit Jugra kami singgah Istana Bandar (lalu je sebenarnya).

IMG_20170407_102704.jpg
Istana Bandar, ingat betul-betul bandar, sekali nama kampung tu Kg. Bandar.

 

Advertisements