Bukit Tabur terletak berhampiran Taman Melawati KL. Disebabkan denai mendaki Bukit Tabur (Barat) ditutup, maka saya naik melalui timur. Ada 2 jalan untuk naik; jalan pertama lalu ikut tepi paip besar, jalan ni bahaya sikit sebab laluan dia sempit, kalau jatuh masuk gaung. Jalan kedua melalui perumahan banglo Bukit Melawati, yang ni tak lalu gaung.

IMG_20170409_085032.jpg
Paip besar, rasanya sampai Empangan Klang Gate paip ni.

Kami ikut denai pertama, daripada gambar di atas, naik tangga tu lepas tu terus sampai pagar. Di penjuru kanan pagar tu ada ruang untuk lolos, ha masuk situ. Naik sampai jumpa denai. Daripada denai tu kau naik jelah sampai atas. Bawah-bawah tu masih bertanah, dah sampai atas nanti batu je memanjang. Tengok kanan kiri nampak jauh je. Orang gayat tak payah lalu jalan nilah. Gambar di bawah ni view daripada puncak tak rasmi tu ha.

Puncak rasmi dia ada papan tanda Tabur (East). Bawah ni gambar daripada puncak rasmi tu.

Tapi sebelum sampai puncak rasmi ni, kena rock climbing sikit, turun kena abseiling. hahaha.

 

IMG_20170409_102550.jpg
Lebah pun banyak atas ni

 

IMG_20170409_105724
Ni simpang tiga lepas abseiling tu. Kanan gi balik jalan pertama, kena lalu puncak tak rasmi tu. Kiri tembus banglo Bukit Melawati.

 

IMG_20170409_105753
Ni lah yang buat kami confident naik, dia bagi harapan tu. haha. kalau jumpa ni maknanya betullah jalan yang kalian lalu tu.

Bawah ni gambar jalan keluar (sebab kami keluar ikut sini, kalau masuk ikut sini, jadilah jalan masuk). Mula-mula keluar nampak rumah kayu dulu (macam kampung-kampung) Lepas tu baru sampai banglo Bukit Melawati tu.

 

IMG_20170409_111513
Exit/Entrance

 

 

IMG_20170409_112054.jpg
Laluan masuk Perumahan Bukit Melawati. Terus je nanti nampak rumah-rumah kayu atas bukit. Naik tangga situ then pandai-pandailah cari laluan masuk Bukit Tabur (Timur).

Di kawasan perumahan ni ada orang tambat kuda di tepi jalan tapi aku tak ambil gambar. Ada tulis nama kuda ni kat signboard, Santa Maria kot nama dia.

 

 

 

 

 

Advertisements