30 April 2017 – Kali ni ke Melaka pula ditemani seorang kawan yang dipanggil ‘siak’. Memandangkan blog aku ni aku ingat nak kekal anonimiti, maka aku tak muat naik gambar muka aku mahupun travel mate aku.Ahad tu ada kenduri kawan di Rumah Media, MITC, so cari hotel di Ayer Keroh jelah. Hotel dekat-dekat situ (MITC) mahal kot hampir RM200 satu malam. Hotel Kobemas, Muzaffar dan MITC Hotel. Then, kitorang cari hotel di rumah kedai Taman Tasik Utama. Jumpalah 3 inn dengan lagi satu belakang dia (apa tah nama).

IMG_20170430_233937
Entrance 3 inn Hotel

 

Hotel 3 inn ni ada bilik RM60 tapi pendingin hawa dia rosak, so next cheapest is RM70. Hotel yang aku tak ingat nama tu RM75 weekday paling murah, weekend dia jadi RM85. Bilik RM70 tu ada 2 katil double decker; 4 tilamlah maknanya, air-cond, meja, tong sampah, selimut each tilam, tuala 2 helai. Bilik air ada satu je di luar, kongsi dengan penghuni lain.

Petang tu pergi Taman Mini Malaysia & Asean tapi tak masuk pun, beli baju je. hahaha. Admission fee boleh tengok dalam gambar bawah ni.

Then, kami pergi ke Taman Rempah, tempat Melaka River Cruise. Untuk dewasa (warganegara) kalau hari minggu dalam RM10 lebih, kalau hujung minggu sampai RM17 lebih.

Disebabkan hari makin senja, kami pergi ke Pantai Klebang, jem petang-petang hujung minggu dia tak payah cakaplah. Hajat untuk melihat matahari terbenam masuk laut tak kesampaian sebab matahari dia jatuh arah darat. Kami pun beli coconut shake dan duduk di tepi pantai tengok orang; ada yang main buih, main layang-layang, duduk-duduk, jalan-jalan, main air dan sebagainya.

Selepas habis menonton Guardian of Galaxy Vol. 2 di Pawagam MBO Melaka Mall, kami turun ke ground floor untuk membeli supper di foodtruck. Ada yang jual waffle, makanan jepun, kebab, roti john, ayam gunting, char kuetiau, ice blended, jus  dan lain-lain. Kugiran buat busking pun ada. Masa kami datang tu hujan renyai, tu yang kerusi tegak gitu.

Next day kami ke Bandaraya Melaka selepas bersarapan di Taman Tasik Utama. Macam biasa, kawasan tu jem, bandar lama upgrade bandar baru kan orang ramai tapi jalan satu atau dua lane je sebab bangunan rapat-rapat, traffic light banyak, tempat park kereta pun terhad. Setelah sekali pusing kawasan situ, kami park berhampiran tapak bastion Victoria; sebelum sampai bangunan stadthuys tu akan lalu rumah kedai warna merah, haa sebelum tu lagi. Bastion Victoria ni antara penjuru kota A’Famosa sekarang tinggal tapak je. Masa tahun 1960-an Mara ada buat kedai atas tapak bastion ni pastu geng arkeologi ambil alih suruh roboh bangunan Mara tu pastu dia korek sampai jumpa tapak bastion.

Daripada sini kami ke bangunan Stadthuys. Sebelum jumpa Stadthuys ada Muzium Belia Malaysia. Bangunan Stadthuys dibina oleh Belanda, maksud stadthuys ialah Dewan orang ramai. Sebelah dia ada gereja dan menara jam. Di antara dua bangunan ni ada air pancut. sebelah gereja ada Balai Seni Lukis Melaka. Di kaki lima dia ada gerai-gerai.

Then, kami naik Bukit St. Paul. Mula-mula jumpa Muzium Sejarah, Etnografi dan Sastera. Bayaran masuk RM5 tapi kami tak masuk pun. So, just bypass muzium ni, jumpa kereta bomba lama, nampak patung (Cheng Ho kot) dari luar muzium, snap gambar sikit, ada Meriam pun snap sikit. Hahaha siapa suruh tak bayar, kan boleh ambil gambar dari luar pagar je.

Naik sampai atas bukit St. Paul ni ada Gereja St. Paul. Depan gereja ni ada menara kecil dan juga patung. Patung siapa tak tahulah. Zaman portugis dulu menara tu digunakan sebagai menara tinjau bagi meninjau musuh selain sebagai rumah api. Masa Belanda serang Portugis, dia aim menara ni dulu. Tu yang hancur sikit. Lepas tu tak sure belanda guna as rumah api ke tak. Gereja ni asalnya nama lain masa Portugis buat. Ntah apa nama dia tah lupa aku. Portugis ni Katolik, Belanda Protestant, tu yang Belanda tukar nama gereja ni jadi Gereja St. Paul. Dalam gereja ni banyak plak-plak peringatan, pasal orang mati ada, kubur pun ada cuma mayat dia dah pindah pergi Goa. Plak dia dalam Bahasa portugis kot, tak faham aku. Luar gereja ni adalah kubur lama orang Belanda.

Turun bawah bukit jumpa pintu gerbang A’Famosa yang merupakan pintu masuk bagi kota Santiago. Situ je laluan masuk darat sebab kota Santiago (kota A’Famosa) ni selatan dia Selat Melaka, barat dia Sungai, utara ngan timur laut dia ada parit.

Depan A’Famosa ni ada memorial di mana Pengisytiharan Kemerdekaan dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman. Adalah juga dia letak kereta yang digunakan Tunku masa tu dengan dua buah kereta perisai masa zaman darurat; satu nama Hang Tuah, satu lagi nama Hang Jebat. Full besi kot kereta perisai dia, tak ada air-cond aku rasa, panas gila kot kalau duduk dalam tu.

Sebelah A’Famosa tu ada Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. It’s a replica of Istana Melayu Melaka dulu-dulu tapi tak tahulah kedudukannya betul di situ ke bukan. Macam biasalah, yang berbayar aku tak masuk. Bayaran masuk dia RM3 (Adult).IMG_20170501_101158

Jalan-jalan sikit jumpa Dataran Pahlawan, Hang Tuah Shopping Mall, Kapal lanun, menara Taming Sari dan muzium-muzium. Banyak muzium sini; muzium rakyat, muzium UMNO, muzium UNLOP Islam dan Melayu, muzium pengangkutan (actually dia kat luar je ada replika kereta api, kapal terbang TUDM, kereta lembu), muzium Islam Melaka.

Lepas tu jumpa lagi tapak bastion tapi ni tapak barat daya, berhampiran dengan pelabuhan. Seberang jalan tu ada kubu kecil nama dia Middleburg. Sebenarnya Kota Melaka dan pelabuhannya dah dirobohkan British, British cuma tinggalkan pintu gerbang A’Famosa tu. Alasannya sebab nak bagi Pulau Pinang naik, Singapura naik. Zaman Belanda, mereka still guna kota Melaka ni. Kubu Middleburg ni pun dibina semula oleh Jabatan arkeologi lepas tu. Kota Melaka ni asalnya lain, Portugis datang dia hancurkan, Kota Melaka Melayu tu dia buat Fortaleza de Malaca a.k.a porta de Santiago (A’Famosa) tulah. dalam kota ni ada rumah gabenor, klinik etc. Belanda ambil alih dia renovate sikit-sikit.

Dari kubu ni kalau menghala ke laut, jumpalah kapal besar Flor De La Mar. Kapal sebenar tak dijumpai, hilang karam di lautan di utara Sumatera. Tu la Alfonso nak bawak lari harta Kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ni replika je. Disekalikan dengan Muzium Maritim Melaka. Kami tak pergi situ, kami terus ke Jonker street.

IMG_20170501_111059.jpg
Tu ha Flor De La Mar

Jonker street/Jonker Walk ni rumah kedai je cuma special dia kedai baba nyonyalah. Kami jalan sampai lorong bodybuilder (Datuk Gan Boon Leong) je tak sampai pun Makam Hang Kasturi.

Balik tu kami pekena tembikai. Minum terus daripada buah.IMG_20170501_112118.jpg

Gambar sungai, mural dan kren yang digunakan di pelabuhan Melaka pada zaman dahulu.

Anggaran Kos:

Tol Bangi-Ayer Keroh: RM19 lebih
Hotel (1 malam): RM70
Parking (sekali masuk): RM3
Tol Alor Gajah-Bangi: RM11 lebih
Minyak kereta: approx. RM 60
Jumlah: RM163.

Advertisements