Zina? Rogol? Perkosa? Cabul? Menodai? Gangguan Seksual? Liwat?

So kita mulakan dengan definisi perkataan di atas terlebih dahulu dahulu.

Definisi Seks (Kamus Pelajar Edisi Kedua):
1 jenis kelamin; jantina.
2 hal-hal mengenai perhubungan lelaki dengan perempuan; keinginan syahwat.
Disebabkan entri kali ni memfokuskan pada definisi kedua iaitu hal-hal mengenai perhubungan lelaki dengan perempuan maka definisi lain diabaikan.

 

Definisi Zina (Kamus Dewan Edisi Keempat):
persetubuhan yang tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan zina;
Berzina = melakukan zina, berbuat zina, bermukah;
Perzinaan = perihal atau perbuatan berzina;
Penzina = orang yang berzina.

Apakah yang dimaksudkan dengan persetubuhan? Persetubuhan ialah hubungan kelamin yang dilakukan dengan cara memasukkan zakar (kemaluan lelaki) ke dalam faraj (kemaluan perempuan). Kemasukan ke bahagian lain seperti dubur dan mulut termasuk dalam seks luar tabii.

Definisi Rogol (Kamus Dewan Edisi Keempat):
perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: berlakulah perkara-perkara sumbang seperti rogol dan zina;
Merogol = memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: kesalahan seperti menipu, merogol, dan sebagainya adalah menjadi kesalahan jenayah;
Perogolan = perbuatan merogol: akibatnya berlakulah kejadian dahsyat seperti membunuh dan perogolan;
Perogol = orang yg merogol;
Perogol bersiri = orang yg merogol beberapa orang perempuan, se­orang demi seorang dlm kejadian yg berurutan.

 

Definisi Perkosa (Kamus Pelajar Edisi Kedua):
Memperkosa = menundukkan atau menakluk dengan paksa; menguasai dengan paksa; memaksa: memperkosa negeri orang menyerang dan menguasai negeri orang dengan paksaan; memperkosa gadis melakukan persetubuhan dengan gadis secara paksa; merogol.
Perkosaan:
1 tindakan memperkosa negeri orang dan lain-lain; pelanggaran.
2 tindakan memperkosa (perempuan).
Pemerkosaan = perihal atau perbuatan memperkosa.
Pemerkosa = orang atau pihak yang memperkosa.

 

Definisi Cabul (Kamus Pelajar Edisi Kedua):
1 keji lagi kotor; tidak senonoh; tidak sopan (tentang kata-kata yang dituturkan): kata-kata yang cabul.
2 melanggar adat kebiasaan (tentang kelakuan); buruk lagi tidak sopan: Tentera-tentera Israel telah melakukan perkara yang cabul kpd orang-orang tawanan mereka.
Mencabul:
1 merosak­kan kehormatan orang perempuan; memperkosa; menodai.
2 melanggar hak orang lain (kedaulatan negara orang dan sebagainya).
Pencabulan = perbuatan atau hal mencabul.

 

Definisi Noda (Kamus Dewan Edisi Keempat):
1. bintik, kotoran (pada baju dan lain-lain): dibersihkannya noda yang ada pada kainnya itu;
2. aib, cacat, cela, nista: akan kukikis noda ini dari diriku habis-habis;
Bernoda:
1. mempunyai noda (kotor): kain yang bernoda;
2. mendapat aib, bercacat, bercela: sebab sekali dia orang bernoda, sampai bila-bila senang sahaja orang kata dia orang tu bernoda;
Menodai:
1. menjadikan bernoda, mengotori: kelihatan bahagian bawah baju gaunnya sudah dinodai lumpur;
2. memburukkan nama baik dan lain-lain, mengaibkan, mengejikan: menodai nama baik keluarganya;
3. mencabuli, memperkosai: kehormatan Normah telah dinodai;
Ternoda = telah dinodai: niat yang suci itu men­jadi ternoda apabila disalurkan melalui cara yang hina;
Kenodaan = keadaan ternoda: mereka akan bangun menentang kenodaan hidup;
Penodaan = perihal (perbuatan dan sebagainya) menodai, pencabulan: dalam cerpen ini Ali melukiskan resah hati gadis yang malu setelah menerima akibat penodaan;
Penoda = orang yang menodai (seseorang gadis dan sebagainya), orang yang mencabuli kehormatan sese­orang (perempuan): gadis tersebut mengan­dung tetapi penodanya sudah lama melarikan diri.

 

Definisi Gangguan Seksual (Kamus Pelajar Edisi Kedua):
Perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan dan sebagainya yang berunsur seks, misalnya kata-kata lucah, perbuatan meraba, yang biasanya dilakukan berulang-ulang.

 

Definisi Liwat (Kamus Dewan Edisi Keempat):
Hubungan jenis melalui dubur: dia menghadapi tuduhan melakukan liwat ke atas empat orang pelajar lelaki;
Meliwat = melakukan liwat terhadap seseorang: dia dituduh meliwat seorang pelajar lelaki berusia 12 tahun dalam bulan Februari 1987.

Zina boleh jadi suka sama suka ataupun tidak. Zina tanpa izin atau paksaan dipanggil rogol. Keizinan hanya boleh diberikan oleh orang dewasa (18 tahun ke atas) justeru persetubuhan dengan bawah umur tetap dikira rogol.

Dalam konteks undang-undang sivil di Malaysia, zina bukanlah satu jenayah kerana dilakukan dengan izin/consent/suka sama suka. Walaubagaimanapun, zina (termasuk rogol) merupakan dosa besar di dalam Islam dan jika Hudud dijalankan, penzina bujang boleh dikenakan 100 sebatan syarie dan penzina yang telah berkahwin boleh direjam.

Allah telah mengingatkan di dalam al-quran supaya menjauhi zina. Ini termasuklah perkara yang mendorong kepada perbuatan tersebut seperti menaikkan nafsu syahwat dengan cara pergaulan bebas (bersentuh-sentuhan/peluk dll) antara lelaki dan perempuan, melihat perkara lucah/seksi, mesej/percakapan lucah dsb. Lelaki dinasihatkan menjaga pandangan, menjaga kemaluan dan menutup aurat begitu juga wanita dinasihatkan menutup aurat, sembunyikan perhiasan, tidak melampau berwangian, menjaga pandangan dan menjaga kemaluan.

Kedua-dua undang-undang sivil dan Islam memasukkan perkosa/rogol sebagai jenayah.

Menjauhi zina juga bererti tidak, mencabul, menodai kehormatan wanita dan membuat gangguan seksual terhadap orang lain. Contoh mencabul kehormatan seperti meraba bahagian-bahagian sulit, menanggalkan/mengoyak pakaian seseorang sehingga memalukan orang tersebut, memasukkan sesuatu ke dalam faraj/dubur orang lain dsb. Contoh gangguan seksual pula ialah bercakap/melawak lucah, menyentuh bahagian sulit, mempamerkan kemaluan kepada orang lain dsb. Seperti juga zina, undang-undang sivil hanya mengira perkara-perkara ini sebagai jenayah sekiranya mangsa tidak rela, jika mangsa rela maka tidak mengapa. Ini berbeza dengan Islam di mana Islam amat memelihara maruah seseorang perlakuan ini hanya halal apabila dilakukan sesama suami isteri tapi itupun bukan di hadapan umum, selain daripada hubungan suami isteri, maka ia haram.

Liwat haram di sisi Islam dan tetap haram biarpun suami meliwat isteri manakala dari segi sivil, hanya paksaan sahaja tidak dibenarkan, suka sama suka dibenarkan. Dalam undang-undang sivil, liwat dikategorikan sebagai seks luar tabii sepertimana seks oral (memasukkan kemaluan ke dalam mulut/menjilat kemaluan).

Sekiranya dirogol/diperkosa/diliwat, mangsa boleh ke hospital bagi membuat pemeriksaan dan doktor akan membantu dalam melaporkan kepada pihak polis. Anda mangsa, anda berhak dapatkan pembelaan. Sekiranya dicabul/dinodai/diganggu secara seksual, laporkan kepada pihak bertanggungjawab, majikan, guru, ibu bapa, polis.

Kesimpulan

Sebagai orang Islam, kita hendaklah mengikut apa yang Islam suruh dan meninggalkan apa yang Islam larang/haramkan meskipun undang-undang sivil membenarkannya.

Advertisements