19 Mei 2017 – Hentian Kajang

Aku menaiki bas di Platform 12. Eh bas parkir luar je tak masuk platform pun di Hentian Kajang ni. Mungkin sebab ada kereta parkir di platform jadi bas tak boleh lalu. Setelah dapat pengesahan daripada konduktor bas, aku pun naik. Kajang-Pasir Puteh tiket berharga RM47.50. Bas Perdana. Bertolak pada pukul 8.30 malam, tiba di Stesen Bas Pasir Puteh pada pukul 5.45 pagi keesokan harinya. Dari Kajang dia pick up juga daripada Putrajaya Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan. Bas Perdana ni ada hentian dia sendiri di Kuala Lipis, memang bas-bas Perdana singgah situ, dia berhenti dua kali je, satu di Petron di Bentong untuk isi minyak dan Hentian Perdana tadi tu lah.

20 Mei 2017 – Pasir Puteh

Aku pergi Masjid Tok Guru di stesen bas untuk solat Subuh. Lepas tu pergi KFC untuk breakfast. Asalnya aku nak ke Wakaf Tuan Farrer tapi entah kenapa aku ambil kereta sapu ke Pantai Tok Bali terus. Dah sampai pantai, pejabat chalet dia belum buka lagi dalam pukul 8 gitu aku sampai. Tandas awam dia pun tak buka. So, batal lah niat aku nak mandi di situ.

Disebabkan susah nak dapat teksi di situ dan Grab pun takde, maka aku berjalan sampai ke jalan besar. Nampak jambatan Tok Bali, rasa nak naik pula.

Hajatnya nak pergi Pantai Bisikan Bayu pula mandi sana. So berjalanlah aku menuju sana. Kenapa tak naik teksi? Entahlah rasa nak berjalan pula masa tu sambil tengok-tengok ekonomi orang Pasir Puteh. Berbeza dengan Selangor di mana kebanyakan kedai hardware, bengkel, perabot dilakukan oleh orang cina, di sini semuanya Melayu. Dalam sejam jugalah aku jalan, tak sampai-sampai, terpaksalah aku singgah di Professor Cendol pekena cendol pauh (manga) free tambah. Sikit je lagi nak sampai Pantai Bisikan Bayu tapi memandangkan aku kena pergi kenduri kahwin kawan dan kawan yang nak ambil tu nak gerak pukul 10 lebih, so aku tunggu situ je sampai dia datang. Sementara tunggu tu sempat lagi aku mandi di bilik air professor cendol tu.

Balik kenduri tu tumpang kawan lain pula. Dia tinggal di Kok Lanas, jadi alang-alang area situ, kami turun stesen bas Kok Lanas. Dari situ kami tahan kereta sewa Exora untuk ke Kota Bharu.

IMG_20170520_145034
Masjid Ayesha aku singgah di Kok Lanas

Kota Bharu

Ada 2 stesen bas sini satu stesen bas bandar, ada bas milik SKMK je sini iaitu Cityliner dan Transnasional. Cityliner ni untuk ke jajahan lain di Kelantan manakala Transnasional ni untuk ke negeri lain di Malaysia, bas ekspreslah. Stesen bas kedua orang sini panggil stesen bas Tesco sebab dekat dengan Tesco, sini tempat bas-bas ekspres selain Transnasional. Aku turun yang stesen bas bandar sebab dekat dengan bandar. Hotel pilihan aku ialah Pesona Inn, bilik kipas dia RM35 satu malam. Petang tu kami tidur je penat berjalan. Malam tu aku teman kawan aku nak balik KL. Lepas hantar dia aku jalan-jalan Kota Bharu Trade Centre KBTC (orang sini panggil Parkson), Pantai Timur, Mydin. KB Mall jauh sikit dari pusat bandar, so aku tak pergi.

21 Mei 2017

Masih di KB, aku berjalan sampai ke Padang Merdeka/Padang Bank, di sini terdapat memorial perang Dunia Pertama. Di sini jugalah tempat jenazah Tok Janggut (ada yang kata askar ghurka bukan tok janggut) digantung terbalik. Dinamakan Padang Bank sebab dia berhadapan dengan Bank Kerapu. Sebelum nama Padang Bank ada nama lain tapi aku lupa. Masa merdeka ada wakil PM pertama buat perisytiharan merdeka di sini so, dia jadi nama Padang Merdeka.

Daripada situ aku ke Tambatan Diraja. Tak tahu apa function dia, mungkin tempat bot/sampan Sultan ditambat/tempat naik/turun Sultan dari/ke perahu/sampan/bot. Nama pun naik bot of course lah tepi sungai, Sungai Kelantan.

Aku Sarapan di gerai depan Masjid Muhammadi/belakang Istana Jahar/belakang Istana Batu, Kedai kopi apa tah nama dia.

IMG_20170521_081337.jpg
Nasi Tumpang

Lepas makan, aku pergi Bazar Tengku Anis. Bangunan tampak baru tapi pintu masuk utama tampak abandoned. Masa aku sampai, kedai-kedai baru nak buka, so tak masuk dalam.

 

Dari Bazar Tengku Anis aku pergi ke Masjid Muhammadi, Masjid Negeri.

FHD0005.JPG
Beduk Masjid Muhammadi

Sebelum ke Bank Kerapu, Aku ke Muzium Islam. Aras 1 muzium menempatkan sejarah kemasukan Islam ke Kelantan, artifak dan sejarah pendidikan pondok di Kelantan. Aras 2 menempatkan memorial peninggalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kedatangan Islam boleh jadi seawal penemuan batu bersurat Terengganu tetapi bukti yang paling absah ialah Masjid Kampung Laut (masjid tertua di Kelantan dan dipindahkan ke Nilam Puri bagi mengelakkan tenggelam di Sungai Kelantan). Kemasukan Islam pula dikatakan daripada Melaka dan Champa.

Bank Kerapu ni bank pertama di Kelantan, asalnya Mercantile Bank. Kerapu tu sebab dinding dia menggerutu. Orang sana panggil kerapu, jadilah Bank Kerapu. Jepun datang, Bank Kerapu jadi pusat spy Jepun. Sekarang ni dia jadi Muzium Peperangan Dunia Kedua. Cerita pasal sejarah Jepun masuk Tanah Melayulah banyak sini. Jepun first landing di pantai Pak Amat, Pantai Sabak, British arahkan semua penduduk kampung tutup api kasi gelap. Pastu berlakulah tembak menembak. British menembak dari dalam Pillbox (sekarang dah tenggelam dek hakisan pantai). Jepun tangkap beberapa orang tempatan untuk ke airbase Pengkalan Chepa tapi susah nak tawan sebab ada backup daripada airbase Gong Kedak, Besut (dulu dalam Pasir Puteh). So Jepun guna jalan laut mendarat di Pasir Puteh dan menyerang Gong Kedak. Lepas Gong Kedah jatuh ke tangan Jepun, Pengkalan Chepa pun jatuh, British berundur ke Tanah Merah dan meletupkan Jambatan Guillemard bagi menghalang kemaraan Jepun ke Kuala Krai. Dapatlah lengah masa kejap. Sepanjang pendudukan Jepun ada penduduk yang ditangkap dan dipaksa menjadi buruh Keretapi Siam-Burma yang juga dikenali sebagai keretapi maut sebab ramai yang mati masa pembinaan. Sebagai tanda berterima kasih kepada Siam kerana tidak memberikan penentangan, Kelantan, Perlis, Kedah dan Terengganu diserahkan kepada Siam oleh pihak Jepun sehinggalah British kembali.

Lepas extend stay, cari dobi, jumpa satu je dobi di Jalan Kebun Sultan (dengar cerita nak dijadikan Chinatown KB jalan ni) itupun bukan dobi layan diri so lambatlah siap kainnya. Tengah hari tu balik hotel tidur sampai Zohor. Masuk Zohor pergi masjid An-Naim. Lepas tu aku jalan masuk Hospital Raja Perempuan Zainab II, lunch tepi stadium Sultan Muhammad IV. Lupa ambil gambar sini.

Lepas lunch aku pergi ke Muzium Negeri Kelantan, masa ni dia tengah buat pameran Cina Peranakan. Adalah dia bagi teka silang kata untuk dilengkapkan tapi aku tak lengkapkan pun. Tingkat 2 pula pameran mengenai tarian, kebudayaan Kelantan gitu.

 

IMG_20170521_145436.jpg

Depan Muzium ni ada Bazar Tuan Padang tapi aku tak masuk.

Pastu tak tau jalan apa tapi belakang kedai dia ada mural. Ni belakang bazar Tuan Padang tadi tu.

IMG_20170521_151523
Bazar Buluh Kubu a.k.a. Pasar Siti Aisyah

Then, aku pergi Istana Jahar a.k.a. Muzium adat Istiadat Diraja Kelantan. Dari kelahiran kepada berkhatan, perkahwinan, mengandung, bersiram semua ada. Perigi istana ni pun masih digunakan tapi buat siram pokok jelah.

Selesai istana Jahar, aku ke Istana Batu, Istana Batu ni dulu jadi tempat kerabat diraja duduk, keluarga Sultan Yahya Petra kot kalau tak silap. Sekarang jadi Muzium diraja di mana perabot-perabot dalam bilik di kekalkan, ada bilik biru, bilik kuning, bilik Sultan, bilik collections, bilik senjata, barang-barang family sultanlah senang. Ada juga ruang makan, ada susun atur meja makan. Ruang tamu dia letak info-info sultan dan sultanah daripada Sultan Muhammad IV/Long Senik dan Sultanah Zainab hinggalah kepada Sultan Muhammad V.

Flow dia macam ni:
Sultan Muhammad IV-Sultanah Zainab
Sultan Ismail-Tengku Meriam (kot? aku lupa pula siapa permaisuri yang dipaparkan)
Sultan Ibrahim-Raja Perempuan Zainab I
Sultan Yahya Petra-Raja Perempuan Zainab II
Sultan Ismail Petra-Tengku Anis
Sultan Muhammad V

IMG_20170521_163933.jpg

Kampung Kraf aku lalu gitu je tak masuk muzium kraf sebab dah tutup masa tu (pukul 5 dah). Ada lah orang buat kraf, kelas-kelas bertukang etc. pun ada.

Habis jalan tu pergi beli kuih manja jap, ambil baju di dobi, packing2, tidur kejap. Malam tu rasa nak makan western sikit, pergilah d’Apple, depan masjid Al-Baroah je. Lepas tu balik.

Perbelanjaan:

Kajang-Pasir Puteh: RM47.50
Teksi sapu ke Pantai Tok Bali: RM30
Kereta Sewa Kok Lanas-Kota Bharu: RM6
Pesona Inn: 2(RM32) = RM64
Muzium Islam: RM2
Bank Kerapu: RM2
Muzium Negeri: RM2
Istana Jahar: RM2
Istana Batu: RM2
Kota Bharu-Kajang: RM49.30

Total: RM206.80

 

 

Advertisements