Pinyin

Pinyin ni transliterasi bagi bahasa mandarin. Biasa orang tak tahu tulisan cina, belajar cakap cina melalui pinyin tapi pinyin tak selengkap karakter cina sebab ada perkataan yang tak dibezakan oleh pinyin tetapi dalam tulisan ia berbeza. Disebabkan bahasa cina ni bahasa nada, maka untuk membezakan nada-nada tersebut, ada tanda pada vokal. Sebelum tu kita kenal dulu bunyi huruf apa yang ada dalam bahasa cina ni.

Awalan

b    p  m  f  d  t   n    l
g    k   h   j  q  x  zh  ch
sh  r   z   c  s   y  w

b – dibaca p tanpa keluar angin
p – dibaca p beserta angin

d – dibaca t tanpa keluar angin
t – dibaca t beserta angin

g – dibaca k tanpa keluar angin
k – dibaca k beserta angin

q – dibaca ch

zh, ch, sh – mulut dimuncungkan sedikit
ch – bunyi macam sebut ch pada ‘cheese’

z, c, s – tunjuk gigi semasa sebut
c – bunyi seakan s, bukan melayu punya c.

Akhiran

a     o     e      i       u     ü
ai    ei   ui     ao    ou   iu
ie    üe  er     an    en   in
un  ün  ang  eng  ing  ong

ü – dibaca dengan bunyi i sambil memuncungkan bibir

Nak jadual lengkap pinyin boleh tengok bawah ni. Kalau diperhatikan, ada kekosongan di dalam jadual bermakna bunyi tersebut tak wujud. Contoh ja, ra, sin, jo dan lain-lain. Sebab tu arab jadi alabo, jepun jadi rì bèn atau rì.

Nada

Ada 4+1 nada (1 tu tiada nada) dalam pinyin, setiap nada membawa maksud yang berbeza tetapi ada perkataan membawa lebih daripada satu maksud walaupun bernada sama. Perbezaan perkataan tersebut pada tulisan sebenar, pinyin tak dapat membezakannya.

Contoh ayat: Māma lā mǎ, mǎ màn, māma mà mǎ
Maksud: Mak tarik kuda, kuda gerak perlahan, jadi mak jerkah kuda.

Nada pertama (mendatar) Mā: Mak.
Nada kedua (menaik) Má: Kodok. Bunyi nada kedua ni macam bertanya.
Nada ketiga (turun naik) Mǎ: Kuda.
Nada keempat (turun) Mà: Jerkah. Kadang-kadang nada keempat ni dibaca pendek contoh shì (ialah) orang baca sye’.
Tiada nada Ma: imbuhan ‘kah’ atau bahasa pasar ‘ke’ (untuk bertanya). Tiada nada sebut macam biasa.

Sebenarnya banyak lagi makna perkataan ‘ma’ ni. Boleh tengok video di bawah untuk membantu menyebut.

Nak berlatih tongue twister pun boleh

 

 

Advertisements