Search

Tulisan Muadz

Apa yang ditulis Muadz, akan menjadi tulisan Muadz

Month

July 2017

Sejarah Manusia

Nabi Adam

Nabi Idris

Nabi Nuh

Nabi Hud

Nabi Saleh

Nabi Ibrahim

Nabi Lut

Nabi Ismail

Nabi Ishak

Nabi Ya’kub

Nabi Yusuf

Nabi Ayub

Nabi Syuaib

Nabi Musa

Nabi Harun

Nabi Zulkifli

Nabi Daud

Nabi Sulaiman

Nabi Ilyas

Nabi Ilyasa’

Nabi Yunus

Nabi Zakaria

Nabi Yahya

Nabi Isa

Nabi Muhammad

Nabi Adam

Adam merupakan khalifah Allah di muka Bumi. Malaikat pernah bertanya mengenainya sebelum penciptaan Adam (Quran Surah Al-Baqarah: 30). Adam diciptakan daripada tanah liat yang kering daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Setelah jasadnya siap, Allah meniupkan padanya roh. Selepas Adam hidup, Allah memerintahkan malaikat sujud padanya (Al-Hijr: 28-29) kecuali Iblis (Al-Baqarah: 34). Iblis merupakan golongan Jin (Al-Kahfi: 50). Iblis mengakui bahawa dia lebih baik daripada Adam kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada Tanah (Al-A’Raf: 12)

Adam diajarkan nama-nama yang ada di Bumi dan di Langit dan dapat menerangkannya kembali sedangkan malaikat tidak mampu. (Al-Baqarah: 31-33). Allah menciptakan Hawa untuk menemani Adam di dalam syurga dan berfirman kepada mereka supaya makanlah apa sahaja di dalamnya melainkan sebatang pokok, menghampiri pun tak boleh (Al-Baqarah: 35). Iblis memujuk mereka berdua untuk memakan buah daripada pokok terlarang tersebut dengan hujah, sesiapa yang makan pokok tu akan jadi malaikat dan kekal selama-lamanya di dalam syurga (Al-A’raf: 20-21).

Adam dan Hawa terpedaya dengan ‘nasihat’ Iblis. Allah menegur kesalahan mereka melanggar laranganNya (Al-A’raf: 22). Setelah menyedari kesalahan mereka, mereka memohon ampun dan rahmat daripada Allah (Al-A’raf: 23). Sebagai hukumannya, ketiga-tiga mereka (Adam, Hawa dan Iblis) diperintahkan turun ke Bumi, sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain (Al-Baqarah: 36). Walaupun diperintahkan turun, Allah telah menerima taubat Adam dan mengampunkannya (Al-Baqarah: 37). Semasa Adam dan Hawa keluar dari syurga, pakaian mereka juga terlucut dan terlihat aurat mereka. Allah telah memberi nasihat supaya tidak terpedaya dengan syaitan sebagaimana Adam dan Hawa (Al-A’raf: 27).

 

Blog at WordPress.com.

Up ↑