Search

Tulisan Muadz

Apa yang ditulis Muadz, akan menjadi tulisan Muadz

Category

Informasi

Nabi Adam

Adam merupakan khalifah Allah di muka Bumi. Malaikat pernah bertanya mengenainya sebelum penciptaan Adam (Quran Surah Al-Baqarah: 30). Adam diciptakan daripada tanah liat yang kering daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya. Setelah jasadnya siap, Allah meniupkan padanya roh. Selepas Adam hidup, Allah memerintahkan malaikat sujud padanya (Al-Hijr: 28-29) kecuali Iblis (Al-Baqarah: 34). Iblis merupakan golongan Jin (Al-Kahfi: 50). Iblis mengakui bahawa dia lebih baik daripada Adam kerana dia diciptakan daripada api sedangkan Adam diciptakan daripada Tanah (Al-A’Raf: 12)

Adam diajarkan nama-nama yang ada di Bumi dan di Langit dan dapat menerangkannya kembali sedangkan malaikat tidak mampu. (Al-Baqarah: 31-33). Allah menciptakan Hawa untuk menemani Adam di dalam syurga dan berfirman kepada mereka supaya makanlah apa sahaja di dalamnya melainkan sebatang pokok, menghampiri pun tak boleh (Al-Baqarah: 35). Iblis memujuk mereka berdua untuk memakan buah daripada pokok terlarang tersebut dengan hujah, sesiapa yang makan pokok tu akan jadi malaikat dan kekal selama-lamanya di dalam syurga (Al-A’raf: 20-21).

Adam dan Hawa terpedaya dengan ‘nasihat’ Iblis. Allah menegur kesalahan mereka melanggar laranganNya (Al-A’raf: 22). Setelah menyedari kesalahan mereka, mereka memohon ampun dan rahmat daripada Allah (Al-A’raf: 23). Sebagai hukumannya, ketiga-tiga mereka (Adam, Hawa dan Iblis) diperintahkan turun ke Bumi, sebahagiannya akan menjadi musuh kepada sebahagian yang lain (Al-Baqarah: 36). Walaupun diperintahkan turun, Allah telah menerima taubat Adam dan mengampunkannya (Al-Baqarah: 37). Semasa Adam dan Hawa keluar dari syurga, pakaian mereka juga terlucut dan terlihat aurat mereka. Allah telah memberi nasihat supaya tidak terpedaya dengan syaitan sebagaimana Adam dan Hawa (Al-A’raf: 27).

 

Advertisements

Kosa Kata Pinyin Mandarin Bahagian 2

Kata Soal

Apa              = shé me / shén me
Adakah       = shì ma (literal: ya ke)
Bagaimana = zěn / zhěn me yang Continue reading “Kosa Kata Pinyin Mandarin Bahagian 2”

Kosa Kata Pinyin Bahagian 1

Untuk cara membaca pinyin lihat sini. Continue reading “Kosa Kata Pinyin Bahagian 1”

Pinyin Bahasa Cina Mandarin

Pinyin

Pinyin ni transliterasi bagi bahasa mandarin. Biasa orang tak tahu tulisan cina, belajar cakap cina melalui pinyin tapi pinyin tak selengkap karakter cina sebab ada perkataan yang tak dibezakan oleh pinyin tetapi dalam tulisan ia berbeza. Disebabkan bahasa cina ni bahasa nada, maka untuk membezakan nada-nada tersebut, ada tanda pada vokal. Sebelum tu kita kenal dulu bunyi huruf apa yang ada dalam bahasa cina ni. Continue reading “Pinyin Bahasa Cina Mandarin”

Pendidikan Seks

Zina? Rogol? Perkosa? Cabul? Menodai? Gangguan Seksual? Liwat? Continue reading “Pendidikan Seks”

Melancap

Melancap didefinasikan sebagai zina tangan manakala merancap lebih umum: memuaskan nafsu syahwat dengan cara tidak wajar. Cara tak wajar tu maknanya bukan melalui persetubuhanlah. Juga dikenali sebagai masturbasi dan onani. Lelaki mahupun perempuan kedua-duanya boleh melancap. Continue reading “Melancap”

Kuliah Maghrib #1

Tarikh: 28 Mac 2017/1 Rejab 1438

Lokasi: SAK, S4, BBB, SDE

Penceramah: Ust Mahadir Md Nor

Intro

Tiada hadis sahih berkenaan amalan khusus yang disandarkan kepada bulan Rejab. Continue reading “Kuliah Maghrib #1”

Kelas Refleksologi

25 Februari 2017 – Aku menyertai kelas refleksologi di Kolej Komuniti Hulu Langat dengan bayaran RM100. Nak daftar kursus pendek di kolej komuniti, boleh layari online.jpkk.edu.my/epsh/Borang/default_xie.asp Continue reading “Kelas Refleksologi”

Blog at WordPress.com.

Up ↑