Melancap didefinasikan sebagai zina tangan manakala merancap lebih umum: memuaskan nafsu syahwat dengan cara tidak wajar. Cara tak wajar tu maknanya bukan melalui persetubuhanlah. Juga dikenali sebagai masturbasi dan onani. Lelaki mahupun perempuan kedua-duanya boleh melancap.Hukum melancap ada 3. Hukum terkuat ialah HARAM. Biasanya orang melancap disebabkan desakan nafsu yang terkumpul/meluap-luap untuk dilepaskan. Masalahnya, nafsu mereka naik kerana perbuatan yang haram juga seperti menonton video lucah, aurat ajnabi, berdua-duaan dengan ajnabi, sentuhan yang merangsang dsb. Kalau lepas tu dia melancap, maka dia dah buat dua dosa; melihat bukan-bukan dan melancap.

Hukum kedua ialah makruh. Ini terjadi apabila nafsu terkumpul secara tak sengaja dan menyebabkan dia tak keruan misalnya rakan sepejabat/model iklan terlampau seksi, kereta api terlalu padat sehingga bergesel dengan ajnabi, isteri menolak untuk bersetubuh dsb. Orang sebegini makruh melancap. Lagi baik dia setubuhi isteri dia. Kalau isteri haid atau tak nak jimak, suruh isteri lancapkan, kalau tak ada isteri, berpuasalah. Kalau dah puasa tapi tak tenang juga nafsu syahwat tu; nafsu terlalu kuat atau iman terlalu lemah, baru boleh lepaskan nafsu dengan melancap itupun makruh, bukan harus.

Hukum yang last ni rare punya situasi. Wajib melancap untuk mengelakkan zina. Contoh situasi: ada seorang lelaki ni baru masuk Islam, sebelum ni dia biasa berzina dengan awek dia. Lepas dia masuk Islam, ditakdirkan dia jumpa balik awek dia ni ajak dia buat. Sebelum dia tujah tu dia teringat dalam Islam, zina tu haram, jadi dia cepat-cepat masuk toilet dan pancut situ. Lepas pancut, dia kendur so marahlah awek dia. takpelah awek marah daripada berzina tapi still berdosa jugalah; dosa ikhtilat, dedah aurat, temgok aurat.

Kesimpulannya jauhilah melancap dan perkara yang menyebabkan syahwat build up. Hukum asalnya HARAM.

*Ditokok tambah daripada kuliah maghrib ustaz izhar ariff semasa membincangkan buku ‘Halal Haram dalam Islam’ tajuk onani.